Pages

Monday, October 4, 2010

Milia a.k.a bintil minyak



Actualy, aku memang ada masala milia ni, tp takdela teruk sgt,tak tau mcmana nak hilangkan milia ni.Kt atas ni gambar contoh je ye!not at my face.

Apa itu milia?Milia adalah bintil-bintil kecil berwarna putih yang biasanya muncul di daerah sekitar mata dan pipi. Milia terbentuk karena keratin di bawah lapisan kulit tidak mengelupas secara sempurna, namun malah menggumpal di dalam. Tidak boleh dihilangkan hanya dengan dipicit. Facial yang teratur mungkin boleh membantu menghilangkan nya.

Daripada apa yang aku baca, sesapa yang adeMilia ni menunjukkan bahawa anda telah menggunakan produk yang tidak sesuai untuk kulit anda. Kebanyakan daripada kita biasanya berpendapat bahawa pelembap mata yang terbaik selalunya akan mengandungi paras minyak yang tinggi untuk memberikan hasil yang optimum. Kulit sebenarnya memerlukan lembapan yang seimbang. Oleh itu, krim mata patut dipilih mengikut keadaan kulit di sekitar bahagian mata.

Milia yang terbentuk di sekitar bahagian mata biasanya keras. Milia tidak manis dipandang dan boleh menjejaskan rupa anda. Jika bantuan profesional tidak dicari dan pemicitan biji berminyak dilakukan sendiri, ini akan menyebabkan jangkitan dan parut hodoh yang berkekalan.

Antara penyelesaian yang boleh dilakukan adalah:
  • Penggunaan prosedur khas yang boleh menghapuskan milia, menegangkan kulit di sekitar bahagian mata supaya kelihatan lebih tegang dan tidak melendut.

  • Menambahkan lembapan.

  • Jangan cuba merawat Milia sendiri kerana ini akan menyebabkan jangkitan dan parut hodoh yang berkekalan.

  • Jangan menggunakan produk penjagaan mata yang mengandungi kandungan minyak yang tinggi. Kurangkan pengambilan makanan berminyak.

Selain tu, bolehla pg kt pusat2 rawatan kulit profesional seperti New York skin solutions err baguske new York Skin Solutions ni??Hmm..nnti nak pg survey la tempat2 ni, nak jugak tau yang mana berkesan.

No comments:

Post a Comment