Pages

Thursday, April 2, 2009

Teman, sahaBat atau Sekadar inSan Biasa


Ahh..semunya sama sahaja!kata hatiku...apa sahaja yang dikatakan perhubungan atau ’relationship’ pastinya ada memori tersendiri baik yang manis, pahit, dramatik atau pun kita sendiri sudah terlupa memori itu pernah singgah dalam kotak fikiran masing-masing. Teman, sahabat atau insan biasa semuanya meninggalkan memori walaupun sekelumit Cuma.

Berbagai drama yang berlaku akhir-akhir ini membuatkan aku tersedar yang perhubunagn dengan teman rapat atau sahabat itu boleh berahkir dalam sekelip mata. Aku begitu sedih sekali mengenangkan jika aku tidak dapat lagi mempertahankan hubungan erat dengan seseorang yang kita anggap sahabat. Apatah lagi banyak yang telah dilalui bersama selama bertahun-tahun mengenali sahabat itu.

Menyingkap pengalaman peribadi aku pernah kehilangan seorang sahabat yang sangat aku sayangi. Bukan kerana sengketa atau irihati, tetapi dia pergi untuk selama-lamanya mengadap ilahi. Tiada kesempatan untuk melakukan aktiviti kesukaan kami atau pun memohon maaf lagi. Kehilangan nya amat perih. It makes me realized that life is so short, there is no time to make an enemy.Walaupun sengketa itu sememangnya tidak dapat di elakkan, yelah, kita pun manusia biasa.. namun asam garam kehidupan inilah yang menjadikan hidup kita lebih bermakna dan colourful.

Syukur lah setakat ini aku masih mampu mengawal emosi dan maruah diri kerana aku sangat benci melalui saat-saat kehilangan itu.Pengalaman telah mematangkan aku untuk membuat keputusan dan mencari jalan terbaik supaya aku terus menyayangi sahabat-sahabatku.

No comments:

Post a Comment