Sabtu minggu lepas aku pulang ke kampung..dah 2 bulan tak balik rasa rindu sangat kat mak abah..dan makanan2 favourite kat kampung..list makanan dah aku sediakan nak suruh mak masak..hehe!bukan amik kesempatan masa preggy ni, cuma rindu masakan mak..oh yes, i'm pregnant, and gonna write that in my next post..
Oh, apa yang aku nak ceritakan kali ni agak berbeza dari cerita-cerita sebelum ni.Masa tengah asyik lepak minum petang dengan abah, abah bercerita tentang kedatangan PM kita, Najib ke Batu Pahat pada minggu sebelum tu. Memang meriah, mencecah 30 ribu orang datang ke Dataran Batu Pahat, nak jumpa PM katanya. Dalam hatiku terdetik, wah..rajinnye mereka2 ni berpanas hujan kat sana. Abang aku pegi jugak, tapi yang menarik atau pelik, abah aku pun pegi. Untuk pengetahuan semua, abah dah 79 tahun,masih sihat tapi tak sangka abah pegi jugak. Rupanye.... dijemput semua imam-imam di Daerah Batu Pahat...ooo..ok..
Kemudian, abah bercerita semua yang datang hari itu, dapat imbuhan RM20, yang bawa kereta dapat RM50.Yang lain2 dapat T-shirt, topi dan macam2 lagi. Aku cuma diam mendengar cerita abah. Apa yang bermain di fikiran ku..perlu ke rakyat disogok kan wang untuk jumpa PM? Dimana semangat patriotik dan sayang kan negara? Bagaimana kita nak memerangi rasuah kalau PM sendiri menggalakkan ada nye imbuhan2 sebegini? Kalau zaman dulu mesti tak wujud semua ni...Hmm entahla..aku bukan orang politik yang faham permainan politikus2 ni..
Bila ku tanye kan abah..abah jawab dengan sedih
" Perjuangan dulu dan sekarang memang lain.."
Ya, perjuangan pemimpin dahulu dan sekarang memang banyak bezanya...
walaupun abah menjawab sepatah dua, aku faham kesedihannya, abah melalui zaman keperitan perang Jepun dahulu..dan sudah pasti kemerdekaan membawa seribu erti pada dirinya...
Semoga anak2 muda sekarang tidak terpengaruh dengan perjuangan duniawi sahaja..
& doaku untuk abah semoga abah sihat dan panjang umur..
*amin*
me, mak, Bella my niece, abah & Nana
No comments:
Post a Comment