AIR zamzam mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan berbanding air lain. Perkara ini diperakui oleh banyak kajian saintifik, termasuk sarjana Barat.Air zamzam mempunyai banyak khasiat dan kelebihan seperti sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: "Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit."
Ia juga mempunyai beberapa keistimewaan antaranya tidak pernah kering walaupun berjuta-juta manusia memanfaatkannya setiap hari, terutama pada musim haji.Air zamzam tidak akan kering hingga hari kiamat. Hal itu, adalah bukti keagungan dan kebesaran Allah.
Ia juga mempunyai beberapa keistimewaan antaranya tidak pernah kering walaupun berjuta-juta manusia memanfaatkannya setiap hari, terutama pada musim haji.Air zamzam tidak akan kering hingga hari kiamat. Hal itu, adalah bukti keagungan dan kebesaran Allah.
Ulama sepakat bahawa sunat bagi orang yang mengerjakan ibadah haji dan umrah, minum air zamzam. Ini disebabkan Nabi Muhammad SAW minum air zamzam.
Berdasarkan nas asy-Syafi'eyah, bahawa air zamzam itu sunat diminum dalam apa keadaan sekali pun. Hukum sunat itu tidak hanya khusus selepas mengerjakan tawaf, bahkan sunat diminum bagi setiap orang walaupun bukan pada waktu mengerjakan ibadah haji atau umrah.
Disebutkan dalam hadis, Jabir bin `Abdullah, katanya: "Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: "Air zamzam itu diminum untuk keperluan apa saja." (Hadis riwayat Ibnu Majah)
ADAB atau peraturan minum air zamzam itu, antaranya:- Daripada Abdullah bin Abi Mulaikah, katanya: "Seorang lelaki datang menemui Ibnu Abbas. Lalu bertanya Ibnu Abbas: "Tuan datang dari mana?"
Lelaki itu menjawab: "Saya baru lepas minum air zamzam."
Tanya Ibnu Abbas lagi: "Adakah tuan minum itu mengikut cara yangsepatutnya?"
Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya pula kepada Ibnu Abbas: "Bagaimanakah caranya wahai lbnu Abbas?"
Ibnu Abbas menjelaskan: "Apabila minum air zamzam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bijana, kemudian baru teguk lagi dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah). Sesungguhnya Rasulullah SAW ada bersabda: "Perbezaan antara kita dan orang ramai (kaum munafik) adalah mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zamzam." (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah).
Daripada `Ikramah meriwayatkan, bahawa Ibnu Abbas apabila minum air zamzam berdoa (ertinya): "Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepada-Mu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit." (Hadis riwayat ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).
Menurut riwayat, Ibnu Abbas ialah sahabat yang sangat mendalam ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua.
FAKTA
Rahsia kelebihan air zamzam :
* Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah.
* Diberkati dan mengeyangkan peminumnya.
* Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah.
* Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi itu.
* Antara mata air syurga.
* Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah
Renung-renungkan dan selamt mencuba...:)
Bagi sesiapa yang mencari atau nak beli, sila email saya myra.azura@gmail.com..TQ~
No comments:
Post a Comment